C:\www\pkdk-almuhammadi.com\walkwithme\Head.html file is missing...
PERTUBUHAN KERABAT D'RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI
PEJABAT SULTAN KELANTAN Istana Balai Besar, 15500 Kota Bharu,Kelantan Darul Naim Tel : 09-741 6605 Fax : 09-744 4333 www.pkdk-almuhammadi.com
Home | Catalog | Promotion | Download | Forum | Blog | About Us
 
ISTANA BERSEJARAH DI KELANTAN
IconISTANA JAHAR

ISTANA JAHAR ATAU JUGA DIKENALI SEBAGAI MUZIUM ADAT ISTIADAT DIRAJA KELANTAN INI TERLETAK DI BERSEBELAHAN ISTANA BALAI BESAR DAN KOTA SULTAN ISMAIL PETRA, DI TENGAH-TENGAH BANDAR KOTA BHARU. KELUASAN KAWASAN ADALAH 1,822 METER PERSEGI DAN MERUPAKAN SALAH SATU MERCU TANDA DAN DAYA TARIKAN PELANCONGAN YANG PALING UTAMA KE JAJAHAN KOTA BHARU KHUSUSNYA DAN KE NEGERI KELANTAN AMNYA. PEMBINAAN ISTANA JAHAR TELAH DIASASKAN OLEH SULTAN MUHAMMAD II UNTUK CUCU BAGINDA, LONG KUNDUR DAN IANYA SIAP DIBINA PADA 1887. ISTANA JAHAR INITELAH DIBINA OLEH TUKANG-TUKANG KAYU YANG MAHIR DARI SELURUH NEGERI KELANTAN DIKETUAI OLEH CHE SULAIMAN DARI KAMPUNG SIREH DAN DIBANTU OLEH NIK SALLEH DARI KAMPUNG ATAS BANGGOL SERTA HAJI MOHD SALLEH (DATO' KAYA BAKTI). UPACARA PEMBINAANNYA TELAH DILAKUKAN DENGAN PENUH ADAT ISTIADAT. INI KERANA ISTANA MERUPAKAN TEMPAT BERSEMAYAM DAN LAMBANG KEBESARAN DAN KEDAULATAN RAJA-RAJA YANG MEMERINTAH. SETELAH SEKIAN LAMA MENJADI KEDIAMAN KELUARGA D'RAJA, ISTANA INI TELAH DITUKAR KEPADA MUZIUM YANG MEMPAMERKAN KEKAYAAN KEBUDAYAAN WARISAN MELAYU KELANTAN. DI SINI TERDAPAT BANYAK ARTIFAK DAN GAMBAR YANG MEMBUKTIKAN KEKAYAAN WARISAN BUDAYA MELAYU KELANTAN, DARIHALKEHIDUPAN SEHARIAN SEHINGGALAH ADAT ISTIADAT KEBESARAN. BANGUNAN ISTANA INI SENDIRI DIPENUHI DENGAN UKIRAN KAYU YANG MENJELASKAN LAGI KEHEBATAN SENI TUKANG MELAYU KELANTAN.

ISTANA JAHAR0 replies
StaffAuthor: Admin Date: 16-11-2011Time: 09:41Updated: 16-11-2011

Powered by: Mawarsoft BizGate v9.2109.05
C:\www\pkdk-almuhammadi.com\walkwithme\Tail.html file is missing...