C:\www\pkdk-almuhammadi.com\walkwithme\Head.html file is missing...
PERTUBUHAN KERABAT D'RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI
PEJABAT SULTAN KELANTAN Istana Balai Besar, 15500 Kota Bharu,Kelantan Darul Naim Tel : 09-741 6605 Fax : 09-744 4333 www.pkdk-almuhammadi.com
Home | Catalog | Promotion | Download | Forum | Blog | About Us
 
ISTANA BERSEJARAH DI KELANTAN
IconISTANA BATU (MUZIUM DIRAJA)

Show Album (2 other images)
ISTANA BATU TERLETAK DI JALAN HILIR KOTA IAITU BERHAMPIRAN DENGAN ISTANA BALAI BESAR, ISTANA JAHAR, KAMPUNG KRAFTANGAN DAN MASJID MUHAMMADI, DI PUSAT BANDAR KOTA BHARU. ISTANA BATU ATAU DIKENALI JUGA SEBAGAI MUZIUM DIRAJA INI SENTIASA MENJADI TARIKAN PARA PELANCONG, PENYELIDIK DAN JUGA PENDUDUK TEMPATAN BAGI MENGENALI LEBIH DEKAT LAGI BERKENAAN PERIHAL DAN ASAL USUL KELUARGA DIRAJA KELANTAN. IA DIBINA PADA TAHUN 1939 IAITU PADA ZAMAN PEMERINTAHAN ALMARHUM SULTAN ISMAIL IBNI ALMARHUM SULTAN MUHAMMAD KE-IV. DIPANGGIL SEDEMIKIAN BAGI MEMBEZAKANNYA DENGAN ISTANA-ISTANA TERDAHULU YANG DIBINA SEPENUHNYA DARI KAYU. KESELURUHAN REKABENTUK ISTANA INI DIILHAMKAN SENDIRI OLEH BAGINDA ALMARHUM SULTAN ISMAIL. ISTANA BATU TELAH DIKURNIAKAN OLEH ALMARHUM SULTAN ISMAIL KEPADA SULTAN YAHYA PETRA DAN ISTERINYA SEBAGAI HADIAH PERKAHWINAN. IA MENJADI TEMPAT BERSEMAYAM SULTAN YAHYA PETRA SEHINGGALAH TAHUN 1960, DI MANA BAGINDA TELAH BERPINDAH KE ISTANA KOTA LAMA. DALAM TAHUN 1966, ISTANA BATU INI TELAH DIUBAHSUAI DAN DIJADIKAN KEDIAMAN RASMI DATO' TENGKU SALWANI BINTI ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA. PADA TAHUN 1969 ISTANA BATU INI DIJADIKAN ISTANA RASMI KEPADA YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA IAITUTENGKU ISMAIL PETRA IBNI ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA YANG KEMUDIANNYA MENJADI SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI KELANTAN DARULNAIM. BAGINDA TELAH BERSEMAYAM DI ISTANA INI SEHINGGA TAHUN 1972. SEPANJANG KEWUJUDANNYA, ISTANA BATU TELAH BANYAK MENEMPA SEJARAH SEPERTI MENJADI TEMPAT BERLANGSUNGNYA MAJLIS PERKAHWINAN KERABAT-KERABAT DIRAJA, MENJADI KEDIAMAN BAGI RAJA-RAJA, KERABAT-KERABAT DAN TETAMU-TETAMU AL-SULTAN KELANTAN SEMASA BERKUNJUNG KE NEGERI KELANTAN. SETELAH SEKIAN LAMA BERFUNGSI SEBAGAI KEDIAMAN PERIBADI KELUARGA DIRAJA KELANTAN, AKHIRNYA BANGUNAN INI TELAH DIPINJAMKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI OLEH ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA BAGI DIJADIKAN MUZIUM DIRAJA DAN PEMBUKAANNYA TELAH DIRASMIKAN OLEH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN ISMAIL PETRA IBNI ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA PADA 25 JULAI 1991.

ISTANA BATU (MUZIUM DIRAJA)0 replies
StaffAuthor: Admin Date: 16-11-2011Time: 11:10Updated: 16-11-2011

Powered by: Mawarsoft BizGate v9.2109.05
C:\www\pkdk-almuhammadi.com\walkwithme\Tail.html file is missing...