C:\www\pkdk-almuhammadi.com\walkwithme\Head.html file is missing...
PERTUBUHAN KERABAT D'RAJA KELANTAN AL-MUHAMMADI
PEJABAT SULTAN KELANTAN Istana Balai Besar, 15500 Kota Bharu,Kelantan Darul Naim Tel : 09-741 6605 Fax : 09-744 4333 www.pkdk-almuhammadi.com
Home | Catalog | Promotion | Download | Forum | Blog | About Us
 
ISTANA BERSEJARAH DI KELANTAN
IconISTANA BALAI BESAR

Show Album (1 other images)
DIBINA PADA TAHUN 1844 OLEH SULTAN MUHAMMAD II, ISTANA BALAI BESAR ASALNYA MERUPAKAN KEDIAMAN BAGI SULTAN-SULTAN KELANTAN YANG TERDAHULU. KEMUDIAN IA DIJADIKAN PEJABAT RASMI SULTAN KELANTAN DAN TEMPAT SAMBUTAN RASMI UPACARA KERAJAAN. ISTANA INI TERKENAL KERANA MEMILIKI SEBUAH BALAI PENGHADAPAN YANG BESAR, SEBUAH SINGGAHSANA DAN KOLEKSI ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA. ISTANA BALAI BESAR ASALNYA DIBINA OLEH SULTAN MUHAMMAD II SEBAGAI MENGGANTIKAN ISTANA BAGINDA DI PULAU SABA (SEBUAH PULAU DI SUNGAI KELANTAN) YANG MUSNAH AKIBAT HAKISAN SUNGAI. SETELAH PEMBINAANNYA SIAP, RAKYAT SEKITAR MULA MEMANGGIL ISTANA INI DENGAN PANGGILAN "KOTA BHARU" SEMPENA ISTANA ATAU KOTA YANG DIBINA DAN LAMA KELAMAAN, NAMA INI MELEKAT DI LIDAH-LIDAH SEKALIAN RAKYAT JELATA DAN AKHIRNYA MENJADI NAMA RASMI BAGI NEGERI KELANTAN-KOTA BHARU. WALAUPUN ISTANA BALAI BESAR TIDAK MEMBENARKAN KEHADIRAN PELANCONG MAHUPUN SEBARANG PELAWAT NAMUN IANYA TETAP MENJADI IKON PELANCONGAN YANG TERSOHOR DI KELANTAN KHUSUSNYA DI BANDAR KOTA BHARU. SETIAP PELANCONG YANG BERTANDANG KE KOTA BHARU PASTINYA TIDAK MELEPASKAN PELUANG UNTUK BERGAMBAR DENGAN BERLATARBELAKANGKAN ISTANA MELAYU YANG TERTUA DI KELANTAN DAN ANTARA YANG TERTUA DI MALAYSIA.

ISTANA BALAI BESAR0 replies
StaffAuthor: nikadlin Date: 16-11-2011Time: 08:55Updated: 29-01-2013

Powered by: Mawarsoft BizGate v9.2109.05
C:\www\pkdk-almuhammadi.com\walkwithme\Tail.html file is missing...